World of Banking
June 6, 2009
lama tul aku tak menulis blog. dekat 5 bulan lebih aku tak update blog aku ni. 5 bulan ni aku betul2 sakit sikit pasal byk benda yang aku kena belajar. aku kena study sikit untuk memahami perubahan yang berlaku di dalam dunia perbankan contohnya perubahan di dalam dalam sistem akauntan (FRS 139), equity, trading, dan yg terbaru… bursa commodity house….gak mencabar bagi aku.nak memahami tu satu hal…jadi representative bank tu satu hal lagik….nak menjawab ngan boss n user group lagik satu hal. tp camner pun, i’ll do my best.
minggu lepas aku ke bursa malaysia bagi melihat demo bch system iaitu produk terbaru oleh bursa malaysia untuk menyokong instrumen kewangan islam bagi komoditi minyak mentah kelapa sawit berasaskan transaksi murabahah. tak lama lagi, bank-bank islam akan menggunakan sistem ini bagi membolehkan transaksi trading tersebut. tp camner pun, aku menunggu keputusan jabatan perbendaharaan & board director untuk membuat keputusan sama ada untuk subscribe atau tidak sistem tersebut.
since aku menjadi IT representative bagi bank, aku melihat macam2 perkara berlaku dalam dunia sebenar perniagaan especially bagaimana persaingan antara company IT berlaku n sebagainya. di sini kita boleh nampak bagaimana diorang mengambil hati pelanggannya supaya tak jatuh ke tangan syarikat yang lain. aku dah pergi ke IBM, HP, n sebagainya, semuanya invitation untuk menunjukkan produk mereka tp biasa ar tu, bisnes nye pasal. macam-macam karenah aku jumpa.
camnerpun, IT IT gak, bank bank gak. camnerpun it depends on how we adapt with this new environment. Wish the best for me…he he he.
bye bye motionworks
December 28, 2008
nampaknye bulan ni sudah genap 2 thn aku berada di motionworks, pasni aku akan memulakan keje baru aku di hq, bank rakyat. rasa sedih lak nak tinggalkan company ni, byk benda aku belajar kat sini….daripada level 0 sampai ar level skrg. tp camner pun, aku merasakan sudah tiba masanya aku mencari pengalaman lain di organisasi yang lain.
elevyn?actually buat masa ni aku tak nak berhenti lagik daripada elevyn pasal kat sini ar aku belajar sistem e-commerce atau sistem penjualan online. lagipun elevyn merupakan satu konsep social entrepreneurship yang baru di negara kita tetapi bukan di luar negara. so dgn kata lain, i’m still with them.
9 jan is my last at motionworks and 12 jan 2009 will be my first day at bank rakyat. huh…12 days left…
Kolam Pancing Air Bukit Kalumpang
October 30, 2008
Kolam Pancing Air Bukit Kalumpang merupakan satu-satunya kolam ikan pancing air bukit di Kalumpang yang yang menyediakan perkhidmatan memancing kepada para pemancing dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pemancing seperti surau, restoren, kedai pancing dan sebagainyer. Kolam ini terletak bersebelahan dengan Kalumpang Resort & Training Centre (KRTC).
*utk melihat gambar2 disitu, sila pi ke photo gallery dalam page profile friendster aku. malas nak upload dua kali..he he he.
Selain menyediakan perkhidmatan kolam pancing, kami juga menyediakan beberapa perkhidmatan lain seperti perkhidmatan penyediaan catering makanan bagi majlis perkahwinan dan sebagainyer, seminar, keahlian untuk kaki pancing dan sebagainyer dengan harga yang berpatutan. Kami sedia untuk membuat rundingan dan sebagainya.
Sekiranya ingin maklumat lanjut mengenai kolam pancing ikan ni, sila hubungi:
Raduan Manap: 019-3711038 / 014-3216713
ataupun email kepada saya di: ijamreza@gmail.com
Aku dan Elevyn
August 21, 2008
aku sekarang menyertai secara sambilan dengan kumpulan usahawan internet iaitu elevyn. elevyn merupakan sebuah syarikat yang membina satu laman web di Internet dimana penjual, seperti dari kampung-kampung, boleh menjual kraf di laman web dan di peringkat antarabangsa. Model perniagaan yang diceburi oleh Elevyn adalah keusahawanan sosial (social entrepreneurship).
Keusahawan sosial adalah konsep perniagaan yang dapat membantu membangunkan masyarakat tanpa hanya bergantung kepada penyumbangan dana sahaja. Ini kerana perniagaan tersebut boleh membawa keuntungan yang berterusan dan juga membawa kesan yang baik pada komuniti.
Kini, Team Elevyn mempunyai lima orang ahli, iaitu pengasas – Devan Singaram dan Mike Tee. Kedua-dua mereka berusaha membangunkan laman web dan model perniagaan di internet. Manakala Wilson Teh dan saya pula membantu pelaksanaan di bahagian grafik dan rekabentuk dan Puah Sze Ning pula berusaha memulakan dan
membentuk jaringan kerjasama di lapangan.
Projek ini terpilih oleh MSC sebagai projek perintis dan dibiayai oleh MSC Malaysia sepenuhnya. Utk keterangan lanjut, sila layari:
laman web beta (rasmi)
1. http://www.elevyn.com
Interview oleh socialtalkr
2. http://www.socialtalkr.com/wwwelevyncom-interview-with-founder-mike-tee/
Interview at BNM
June 17, 2008
semalam pukul 4 petang, aku pergi ke Bank Negara Malaysia (BNM) utk temuduga kerja kat BNM. kat situ dah macam balai polis dah, merata-rata ada polis. masuk2 aku terpaksa tunggu di lobi blok A. Sampai je sana ada sorang candidate lelaki duduk di situ. rupa-rupanya dia ni jugak salah seorang candidate utk jawatan yang sama. semua sekali ada tiga orang, sorang pompuan dua orang lelaki termasuk aku. Aku tunggu lama gila kat dalam lobi tu, sorang interviewer dekat sejam maa. tu orang pertama, orang kedua pulak macam tu gak. aku candidate yg terakhir kat situ. interview kat sini mencabar gak ar pasal diorang suka tanya soalan yg kena berfikir. wat penat jer aku baca soalan2 interview yg nak kua, semua tak kua lak tu. aku just jawab secara honest je lar. pastu pulak, aku di bawa ke assessment di department HR block c utk assessment pertama, soalan essay dia boleh tahan susah gak laa, lebih kepada knowledge base ar. kena jawab dalam masa 40 min, english dan malay. Pastu assessment kedua, aku kena jawab ujian harrisson..lebih kurang camtu ar namanya. ada 17 soalan tp soalan ni lebih kepada bentuk behavioural traits seseorang. Entar lar…aku jawab je lar. aku rasa interview kali ni lebih mencabar daripada interview di pnb tp camnerpun aku lulus ujian kat pnb cuma dalam kiv lagik…he he he.
sepupu kawin
May 31, 2008
minggu lepas aku pi balik kampung pasal sepupuku nak kawin. ni first time aku tgk orang angkat nikah. penuh giler umah sepupuku tu. aku terpaksa tidur kat ruang tamu pasal dah ramai sgt yg datang. aku ada gak ler tolong2 susun meja, kerusi n sbgnyer. sabtu ni pulak, diorang pi kat pahang utk belah lelaki pulak. kali ni aku tak pi pasal aku malas..he he he tp family aku pi sana so tinggal lar aku sorang kat umah ni. opah, mak yang, mak su aku pulak suka sangat menyakat aku, ada ke dia mintak no budak pompuan yg datang kat situ…sabar je ar. yg tak tahan tu, ada ke opah aku mintak aku kasi gambar awek kat dia. pelik tul opah aku ni….nanti adalah jodoh aku.
bulan rezki bulan bz
May 20, 2008
uish .. dah lama aku tak menulis blog. bukan aper, aku malas nak taip…he he he. bulan april n may lepas, aku byk menghabiskan masa kat kalumpang utk projek kolam pancing air bukit pakcik saudara aku, n menghabiskan masa utk interview kerja lain, keluar dengan kawan, n sbgnyer.
Tiap2 minggu aku kena kuar…klu tak pi karang, aper orang kata. pasal interview ni, tak tau ar dapat ke tak ni, tunggu je keputusan dalam 2 atau 3 minggu ni, klu dapat aku cabut. klu ada rezki ada ar. aku dah bosan keje kat company aku skrg. cadangnyer nak cari kerja lain pulak.
minggu ni pulak aku kehilangan jam tangan pemberian allahyarhamah nenekku, sedih giler aku. aku tak tau kat maner aku hilang jam tangan tu. nak beli lain boleh tp tak sama ar dgn pemberian nenek tu. sedih giler aku skrg, klu aku kasik tau ayah aku, tentu kena marah. entah lar..nasib2.
10.08.2008
March 10, 2008
akhirnya aku berjaya menyelesaikan segala urusan pembayaran komputer dell aku kat maybank semalam. aku dah abis dekat RM5k lebih utk satu komputer nih. abis lar kayap lar aku…hu hu hu. takpe, lagipun aku nak gunakan komputer ni utk buat kerja2 freelance aku. boleh ar backup sikit2. oleh kerana tergesa2, waktu tu gak lar aku hilang aku punye kad atm maybank aku. aku rasa aku tercicir masa melakukan urusan kat maybank semalam. aku baru perasan dalam kul 7.00 mlm, masa tu aku tgh makan pizza hut ngan kawan aku si zul. last2 aku call maybank centre semalam, suruh diorang block aku nyer kad atm tu. arghh..tekanan giler aku waktu tu. si operator tu cakap aku kena buat balik kad tu kat maybank n kena bayar RM12 hinggit untuk kad yang hilang n sbgnyer. malang tul nasib aku aritu. kesimpulannyer drpd citer ni, bersabar sabar lar dalam melakukan sesuatu kerja. he he he.
the revolution of website: web 2.0
February 19, 2008
konsep web 2.0 merupakan konsep web moden pada zaman skrg ni. klu korang pi kat laman2 web mcm gmail, flickr ngan laman web microsoft, diorang menggunakan style konsep web 2.0. drpd pemerhatian aku, konsep web 2.0 ni amat menarik sekali especially bab design yang simple n kemas, warna yang bright, penggunaan glossy n glassy kat bar graphic, logo n sbgnyer amat menarik user-end pd zaman skrg ni. lelebih lagi code ajax n script.aculo.us telah diperluaskan penggunaan utk pembinaan aplikasi2 kat laman web ni. dgn adanya kod2 camni, kita boleh create miniature application for end-user utk digunakan kat laman web tersebut.
skrg ni director aku arahkan aku buat kajian terhadap web 2.0 ni pasal aku kena buat prototype sistem codenavia and sistem dms (document management system) utk kegunaan organisasi. uhh…tp aku berjaya menyiapkan prototaip tu tapi lum di komen oleh ceo n sbgnyer. tp camnerpun aku dah prepare segala notes2 penting utk prototaip sistem tu. ni merupakan kali pertama aku mendesign laman web yang berbentuk web 2.0, kat bawah ni merupakan prototaip aku.

forum design interface - based on web 2.0
sistem dms - interface design based on web 2.0
actually, konsep2 camni just popular kat luar negara jer. kat malaysia kurang ler. rasanya saper yang guna wordpress utk blog diorang, diorang leh cari theme web 2.0 utk interface blog diorang. korang leh tau n nampak perbezaannya.
*if anyone want to give comment or feedback on
these two designs, kindly send to shahrul@motionworks.com.my or
ijamreza@streamyx.com
*klu korang nak tanye paper pasal web 2.0 ni atau code2 script.aculo.us atau ajax, send email kat: ijamreza@streamyx.com atau shahrul@motionworks.com.my
currently i’m 25 years old..hu hu hu
February 2, 2008
pejam celik pejam celik, umo aku dah mencecah 25thn skrg nih. aku ucapkan terima kasih kepada mereka yg wish kat aku. aku tak tau aper azam aku tahun baru nih, tp aku berharap kareer aku berkembang and aku dapat menjejakkan kaki ke organisasi lain. tp skrg ni baru ada satu respons daripada skmm, yg tu pun tak tau dapat ke tak psl tak kena panggil interview. tp yang paling aku kecewa, aku tidak menerima panggilan ke scm, uishh..sampai ati diorang. takpe, no problem, that would’nt make my spirit down. yg peliknyer, ada former project exec kat motionworks offer aku keje ngan company dia. tapi camnerpun aku just mengangguk jer pasal aku belum buat keputusan lagik nak berhenti drpd company motionworks ni.
ohh yea…projek um website aku tu telah merangkul tempat ketiga di antara semua website2 institusi pendidikan di malaysia. bangga siot…..terima kasih kepada junior aku drpd um, si bazli kerana sanggup menawarkan diri utk di interview masa projek website um dulu…he he he.
aku srkg ni dah mcm multipurpose worker dah kat company ni, kejap marketing, bebaru ni, aku kena tolong handle client drpd sapura pasal semua exec keluar dan ada yang tak dtg. sabar je lah, oleh kerana diorang takde, aku pulak lar yang kena pasal buat masa ni aku yang handle maintenance website sapura. gerun siot..nama dia pun membuatkan aku segan nak bercakap. tp cmner pun, aku berjaya satisfiedkan kehendak dia.
bulan depan aku bercadang ingin mendapatkan sebuah pc desktop yang berspesfikasi agak tinggi utk kegunaan kerja harian aku….hu hu hu. aku skrg dah tak leh menggunakan laptop "joybook" aku pasal laptop aku dah tak larat menanggung beban aplikasi2 yang aku guna skrg ni. emm..aku tak tau nak beli pc aper skrg ni, sama ada nak custom made, takpun beli desktop xps drpd dell. camner pun bergantung pada budget aku gak…tp camnerpun, i’ll get one next month.



