Aku dan Elevyn

August 21, 2008

aku sekarang menyertai secara sambilan dengan kumpulan usahawan internet iaitu elevyn. elevyn merupakan sebuah syarikat yang membina satu laman web di Internet dimana penjual, seperti dari kampung-kampung, boleh menjual kraf di laman web dan di peringkat antarabangsa. Model perniagaan yang diceburi oleh Elevyn adalah keusahawanan sosial (social entrepreneurship).

Keusahawan sosial adalah konsep perniagaan yang dapat membantu membangunkan masyarakat tanpa hanya bergantung kepada penyumbangan dana sahaja. Ini kerana perniagaan tersebut boleh membawa keuntungan yang berterusan dan juga membawa kesan yang baik pada komuniti.

Kini, Team Elevyn mempunyai lima orang ahli, iaitu pengasas – Devan Singaram dan Mike Tee. Kedua-dua mereka berusaha membangunkan laman web dan model perniagaan di internet.  Manakala Wilson Teh dan saya pula membantu pelaksanaan di bahagian grafik dan rekabentuk dan Puah Sze Ning pula berusaha memulakan dan
membentuk jaringan kerjasama di lapangan. 

Projek ini terpilih oleh MSC sebagai projek perintis dan dibiayai oleh MSC Malaysia sepenuhnya. Utk keterangan lanjut, sila layari:

laman web beta (rasmi)
1. http://www.elevyn.com

Interview oleh socialtalkr
2.  http://www.socialtalkr.com/wwwelevyncom-interview-with-founder-mike-tee/



2 Responses to “Aku dan Elevyn”

  1.   Jawa Boy Says:

    cayala ustat. one step futher for your carier. Congratulation.

  2.   @j@k Says:

    Ustat. Cantikla. Ada bukti dah aku nak report kat BPR. HAhahahaha

Leave a Reply