so surprising, i’m one year already….
December 5, 2007
pejam celik pejam celik, dah 1 tahun aku kat motionworks ni. macam2 cabaran, masalah dan halangan dalam life kerja aku setahun ni. tapi camner pun, life mesti diteruskan. bukan senang nak senang beb. tak sangka, ni dah masuk bulan 12, tahun depan umur aku 25 tahun. uishhh…dah makin tua aku nampaknyer..hu hu hu. awek?emmm…biarlah rahsia. aku sekarang ingin menumpukan kareer aku, klu aku dah "berjaya" dalam kareer aku ni, barulah aku start memikirkan perkara lain.
berjaya kat sini bermaksud aku mencapai target utama aku di mana mendapat kepuasan dalam kerja2 aku serta mendapat penghargaan atau awards daripada organisasi tersebut. di situ baru aku berasa diri aku puas bekerja tp mungkinkah ianya akan terjadi??tetapi itu just angan2 beb, jgn kata aku poyo pulak, ni angan2 aku jer…elok ada angan2 daripada takde.
klu korang tgk anime bleach, aizen merupakan kaptain shinigami pun merasakan diri dia telah mencapai satu tahap atau limit seorang shinigami dan mengambil keputusan utk berganjak ke satu tahap yang dapat memberikan kepuasan terhadap diri dia, tetapi malangnya dia mengambil jalan yang salah utk memenuhi impian dia. Yg penting, aku mesti expand aku nyer kareer aku, tak moh ar klu still ikut jalan tu jer, kekadang kena try ikut jalan lain. That’s where the experience begins…..Wish
me luck
Burung ape tu yah?…burung murai nak
October 27, 2007
aku rasa iklan ni ar yg paling best aku tgk, maksud tersirat beb. sedih gak aku tgk iklan ni ditambah pulak dengan background music allahyarham sudirman lak tu. penyampaian yg menarik aku tgk…mostly semua iklan petronas aku suke especially yg ini. aku rasa iklan ni utk menyampaikan mesej kepada org2 muda cam kita nih, dah besar ni, jgnlah nak meninggikan suara kita kepada mak ayah kita. honestly, sape yg tak bengang klu org tanye kita byk2 kali padahal kita dah jawab, betul tak, tp aku rasa aku pun termasuk dalam golongan tu gak ler, kekadang klu mak aku tanye byk kali, aku malas nak jawab..he he he. tapi iklan ni memberikan pengajaran yg bagus kat kita semua. aku nak congrats kpd petronas ni pasal pandai memilih iklan sesuai utk masyarakat, sepatutnya media massa memainkan peranan penting utk mengubah pemikiran rakyat terutamanya yg muda2 ni walaupun merekan tak makan saman, yg penting efforts tu ade beb.
Mcm mana pun, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada kengkawan aku semua, tak kiralah yg mengenali aku atau tak. Raya ni aku cdg nak kuar berjalan2 sebelum kerja aku bertambah…he he he. Raya ni aku ada 2 konvoi yg maybe aku akan attend, satu konvoi bebudak kelas uitm aku n lagi satu konvoi budak sek men lama aku….iskh, tp buat masa ni x tau lagik psl dua-dua lum confirm bebetul tarikh dia, jgn bertindih sudah.
Yahoooo…..aku merdeka!
September 16, 2007
Nampaknya aku berjaya menyiapkan projek bankinginfo dan insuraranceinfo aku setelah sekian lama membuatnye, mane taknye dari bulan april 2007 sampai ar bulan september 2007. Isnin lepas aku berjaya menyiapkan segala amendments n sbgnyerlah. Skrg ni tgh tunggu diorang nak launch website diorang jer. Mintak2 takde ar yg problem ar. Minggu ni aku happy giler dok kat ofis, mane taknye…dah takde pojek nak buat….goyang kaki jer skrg ni. Mintak2 takde pojek sampai ler raya nanti….he he he. Ni ler kelebihan keje based pojek, klu ade pojek, ko busy tahap dewa…klu takde pulak, boring tahap dewa tp camner pun aku satisfied aper yang aku buat. Kepada kengkawan aku yg ade ajak aku kuar n sbgnyer, sori bebanyak lah ek, sebelum ni ade memacam hal aku kena selesaikan and perkara yg tak boleh dielakkan langsung. Camnerpun skrg ni aku merdeka!!!!
BANKINGINFO LIVE
http://www.bankinginfo.com.my
INSURANCE INFO LIVE
http://www.insuranceinfo.com.my
*if u want to comment anything about these website please mail me at ijamreza@streamyx.com or shahrul@motionworks.com.my.
Al-Fatihah buat opahku
August 31, 2007
hari ahad lepas merupakan ari yang menyedihkan bagi aku, opah yg paling rapat dgn aku meninggal dunia akibat barah rahim. Masa aku kecik2 dulu, dia ar tpt aku mengadu, mintak duit n sbgnyerlah. Klu nak ingatkan balik, mmg sedih ar…tp cmne pun aku sempat melihat opahku menghembuskan nafasnya yang terakhir. Hari isnin tu, aku n adik-beradik aku pergi mengiringi jenazah opah aku sampailah ke kubur. Yg buat aku sedih tu bukan aper, since aku kerja, aku jarang pi tgk opah aku…iskh, aku rasa serba salah sampai skrg. Dah lar jam tgn yg aku pki skrg adalah hadiah drpd opah aku, opah aku pesan klu dia meninggal, jam tu boleh mengingatkan aku tentang dia. iskhh…klu ingatkan balik boleh menangis aku…tapi camne pun, aku akan hadiahkan yasin setiap hari jumaat kat allayarhamah opahku. Al-Fatihah….
An Unforgettable Memory
June 24, 2007
Aku paling suka masa memula aku time diploma. Kenangan yang tidak boleh aku lupakan ialah masa aku berjumpa dengan kawan2 diploma kelas aku yang semuanya best2:- pet, daud, che det, fairus, apis, wan, n hadi. Kitaorang dah macam adik beradik dah dalam kelas tuu.
Diorang betul2 byk menolong aku n mengajar aku dari pelbagai aspek. Yg paling buat aku sedih masa tu, diorang beli kek untuk harijadi aku n buat surprise masa tgh mlm ari tuu. Aku betul2 terkejut waktu tuu, sebelum ni mmg tak pernah pun aku sambut harijadi. Klu boleh nak nangis aku waktu tuu…aku betul2 berterima kasih kat diorang….aku byk berhutang budi dgn diorang, tlg hantar aku kat ktm n sbgnya. Tu psl aku tak berkira sgt ngan bebudak yg tersenarai kat atas ni. They’re like my brothers to me. Yg menakjubkan bg aku kat bebudak kelas aku ni, walaupun diorang ni perangai pelik2 tp kitaorg sanggup bantu-membantu satu sama lain..itulah aku suke tgk. Mcm mane pun, aku tabik kt korang.
Selain tuu, tak lupa gak bebudak bilik aku masa diploma, ajak, chemed, fadzli, sabri, yazed, rafizul, n sorang lagi (lupa nama). Diorang jugak banyak mengajar aku bebenda yg aku tak tau especially bab2 education, bagi motiasi n sbgnya. Thanks u all. Dalam masa 3 tahun tu, byk benda perkara berlaku n that’s make me more stronger than before. Thank u so much…I really2 appreciate it…u are my truly my friends. Thanks.
Learning is Still Continuing
June 17, 2007
Since aku berkerja ni, byk benda aku belajar drpd org2 pengalaman ni. Since aku tau senior2 ni tahap dewa2, boleh dikatakan “Taicho” ar, tahap kapten. Aku ni tahap “fukutaicho” jer…uish tak sampai aku tahap diorang yg menakutkan bg aku. Oleh kerana ini betul2 first job aku dalam bidang IT, aku buat sungguh2 n aku study gak supaya aku x rasa aku diperkecilkan kat dalam company tuu. Memula tuu mmg terasa gak jurang yg sangat dalam antara aku ngan senior2 kat situ. Kali ni aku membuat kejutan bagi diorang. First, aku berjaya menyiapkan 8 pages web page dalam masa sehari, memecah rekod company yg hanya berjaya menyiapkan 3 atau 4 page sehari. Kedua, aku membuat pembaharuan terhadap menu2 yang diorang buat sebelum ini yg tak pernah diubah n lastly aku menggunakan different style for tabs content atau penggunaan ajax coding utk website diorang.
Since projek tu, barulah aku dapat perhatian daripada senior2 n creative director aku. Ha ha ha….jgn pandang aku sebelah mata ek….tapi camne pun, aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada senior aku Siew May ( yg mengajar aku semua php, html n javascript), Kenneth Kiffer Fong (yg mengajar aku adanced CSS, CMS and konsep2 laman web) n my creative director, Jason Armstrong. Diorang betul2 byk membantu aku….thank u x 10000000000000 n tima kasih psl byk membetulkan sebutan bahasa english aku….ha ha ha. Jason ni merupakan director aku, dia ni dari australia n aku bekerja under arahan dia. Dia best siot, sporting giler….skrg ni dia dah betul2 percaya kat aku sampaikan bawak aku ke dalam projek BNM. Aku diberi tanggungjawab menyelesaikan projek ni, dan aku dibantu oleh 2 org graphic designers, shariar n maychan, n 2 org programmers, james n terry, dan dikawal selia oleh projek coordinator, kristin. Since aritu, walaupun aku bekerja, aku study gak coding2 baru supaya aku taknak ketinggalan. Walaupun diorang graphic designers, diorang jugak mempunyai skill2 dalam coding n sbgnyer…so aku jugak kena menguasai skill diorang. Ingat2 ler, learning is still continuing, if u get chances or opportunity to learn, grab it ok!
$$$$ My Expenditure Management $$$$
May 11, 2007
Skrg ni semua perbelanjaan aku terurus dgn baik, aku dah
buat kira2 semua kos yg aku gune utk tiap2 hari dan tiap2 bulan. Bab PTPTN, aku
dah setel byr bulan2, rasanya nak bayar lump sum boleh akhir tahun ni tp abis
ar duit gaji aku, aku pun nak enjoy gak…he he he. Nasib baiklah aku pinjam
PTPTN utk diploma jer, klu tak mati aku byr benda alah ni. Utk perbelanjaan
pegi balik n makan minum aku, aku abis sebyk RM 300 lebih utk sebulan. Bil Tmnet
n PTPTN aku abis sebyk RM 200 lebih, n selebihnye aku enjoy ar n buat simpanan
bulanan…masa depan kena ingat gak beb! Nak kata enjoy pun tak gak…kekadang dok
umah je, ….layan internet n sambung buat keje ofis kat umah. lgpun aku leh
access sistem CMS company dari umah aku. So nanti minggu depan, keje aku pun
kurang ar. Tp kekadang tu pegi gak ler tgk wayang n sbgnyer…tupun klu kawan
ajak ar. Yg penting, whatever u do, u must be patient maaa. “bukan senang nak
senang, bukan susah nak susah”.
Does SMS is right for the contest judgement?
April 21, 2007
Skrg ni mcm2 tv realiti show muncul kat tv, gangstarz, AF, kickstart nescafe n sbgnyerlah. Bg akulah utk contest2 mcm ni mmg baguslah utk industri hiburan kita pada masa kini. Aku mostly tgk lah gak tapi aku betul2 tak puas hati ar sistem penghakiman terhadap seseorang peserta adalah berdasarkan sms especially pembahagian markah terhadap peserta. Kita ambik salah satu realiti show, gangstarz. Markah yg boleh diberi oleh hakim adalah 50% sama ngan markah yg diberi oleh sms public. Bg pendapat akulah, this is just utk mengaut profit semata2. Sepatutnya peratus markah yg boleh diberi oleh hakim mestilah lebih drpd markah peratus sms…sebabnye diorang lebih arif drpd kita. Secara x langsung menjadikan hakim professional tu setaraf ngan public. Mmg betul peminat yg menaikkan nama seseorang artis tp bayangkanlah klu peserta tu mendapat undian tertinggi disebabkan oleh ‘kekacakan’ atau ‘cantik’nye seorang artis tu. Sian kat org yg ada kualiti dalam nyanyian tp tersingkir klua psl xde package kekacakan n sbgnyer lah. That’s not fair maaa….undi2 jugak tp kualiti seseorg artis kenelah difikirkan jugak. Kalaulah si Donald Trump buat penghakiman mcm ni kat dia punye peserta apprentice, tentu dia dpt ‘hancurnye’ apprentice. Aku menyokong sistem pemarkahan malaysia idol pada masa lalu, tak silap aku ar, 60% markah drpd juri professional n 50% undi drpd peminat. Akhirnya, kita dpt seorg artis yg bernama Jaclyn ictor….nak kata lawa x der laaa…tp suara dia mengacam maaa. Itu lah kualiti namanya. Sian kat adibah noor, buat album pun pakai duit sendiri, tapi apakan daya, fizikal lebih menjadi ukuran sesetangah pihak berbanding bakat yg ada. Tp akhirnya rezeki gak mendatang.
Klu difikirkan balik, mmg betul klu ianya bermatlamat mencungkil bakat tp klu setakat bakat yg tiada kualiti, baik tak yah ar. Patut lar, mostly artis kat malaysia ni just for local n not for international. Rasanya baru 2 atau 4 org artis yg betul2 menaikkan nama malaysia termasuklah ct nurhaliza, too phat, raihan n sbgnye lar. Tapi camne pun, it depends on org2 yg involve dalam industri muzik malaysia ni..diorang lebih mengetahui drpd org mcm aku ni…he he he.
Aku hanya luahkan pendapat jer ek….that’s all.
SurPriSE
April 2, 2007
Pagi ni aku betul2 terkejut, selepas sahaja projek UM LIFE selesai, aku n beberapa org designer lain diajak oleh bos utk masuk ke dalam bilik meeting room. Rupanye ade briefing mengenai projek terbaru company aku. Rupa-rupanya aku diarahkan oleh bos untuk bekerjasama dgn senior web developer untuk membuat prototaip laman web banking and insurance info under bank negara malaysia….waaa, bos kali ni percaya dgn kemampuan aku skrg ni…ha ha ha.
Laman web tu merupakan projek bank negara untuk menyedarkan org ramai mengenai kepentingan perbankan dan insurans dan segala info mengenai perbankan dan insurans boleh didapati dalam laman web tersebut. Waa..tak sangka pulak, aku di ajak masuk dalam projek tuu. Waaa…mati aku kali ni, laman web ni mostly byk programmable punye coding psl mostly melibatkan aplikasi pengiraan insurans dan perbankan….giler ar. Baru je aku nak rehat lepas je abis projek um fasa kedua ni, ade2 aje keje yg kene buat….sabar jelah. Keje mane ade yang senang, yea ak! Tapi aku betul2 letih ar…buat keje2 mcm ni, lelama dah mcm monitor dah muke aku.
Betul lah..life waktu keje ni tak best ar, aku rasa lg seronok masa belajar dulu. Sabtu atau ahad, aku mesti call salah satu kawan terdekat aku…biasalah berborak sakan ar. Klu takde teman berborak tentu tekanan hidup aku, siapa yg belajar human communication tentu tahu sebab apa perkara tu menjadi keperluan dalam hidup kita. Tak kisah lah kawan yg nak kita borak tu pompuan ke, lelaki ke…yg penting it reduce my lonely heart…he he he.
KeNduRi KaWin
March 25, 2007
Hari ahad minggu lepas, aku pegi kenduri kawin kawan aku kat kelana jaya. Nampaknya ni first time aku pegi kenduri kawin kawan sekolah aku. Bukan aper….sebelum ni aku betul2 busy n letih nak pegi kenduri kawin kengkawan aku yg lain, tau2 je lah keje swasta. Tapi minggu lepas, kawan aku tu buat 2 hari, sabtu n ahad, so aku pegi ari ahad psl ari sabtu aku kena dtg ofis psl top mgmt suruh aku dtg. Kali ni aku mewajibkan diri aku utk dtg psl both couple ni adalah budak kelas aku kat sekolah menengah dulu. Rasanya serba salah aku klu x dtg…sori ek yasir, aku x sempat nak beli hadiah utk ko psl aku plan pegi kenduri kawin ko last minit, cdg nak bg duit tp sampul lak tak bawak…iskh2… Cmne pun aku rasa happy pegi sana psl jumpe kangkawan lama aku balik, walaupun tak ramai yg aku jumpe tapi yg penting berbaloi bg aku.